8 Januari 2017 - 18:22
Pengganas Mungkin Guna gencatan Senjata Di Syria Untuk Perbaharui Bekalan Mereka: Iran

Seorang pegawai kanan Iran berkata bahawa gencatan senjata yang berkuatkuasa di seluruh Syria pada masa ini tidak sepatutnya memberikan peluang kepada kumpulan pengganas untuk memperbaharui bekalan mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan Iran berkata bahawa gencatan senjata yang berkuatkuasa di seluruh Syria pada masa ini tidak sepatutnya memberikan peluang kepada kumpulan pengganas untuk memperbaharui bekalan mereka.

"Gencatan senjata tidak sepatutnya digunakan oleh para pengganas untuk memperbaharui sumber manusia, kewangan dan senjata mereka dalam usaha meneruskan jenayah mereka," kata Setiausaha Majlis Tertinggi Keselamatan Kebangsaan Iran (SNSC) Ali Shamkani di dalam sebuah pertemuan dengan Mejar Jeneral Ali Mamlouk yang merupakan ketua Biro Keselamatan Kebangsaan Syria di Damsyik pada hari Ahad.

Sebuah perjanjian gencatan senjata yang ditaja oleh Rusia dan Turki kini berkuatkuasa di seluruh Syria sejak akhir Disember lepas. Akan tetapi, perjanjian itu tidak melibatkan Jabhat Fateh al-Sham yang dikenali sebagai al-Nusra (sekutu al-Qaeda di Syria) sebelum ini. Kumpulan Takfiri Daesh turut tidak tersenarai di dalam perjanjian itu.